Hiburan By: Salma Syahbuddin March 29, 2018 @ 3:44am

Anak Restu Dynas Kahwin Lagi!

Pengacara cantik yang juga sahabat baik kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Shazrik Din, 36 pada 21 April nanti.

Walaupun ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Dynas, namun dia berasa bersyukur apabila anak-anaknya iaitu Khyra khalyssa, 8 dan Mohamed Haqaish, 6 turut memberikan restu.

“Mereka begitu teruja apabila mendapat tahu saya dan Shazrik akanm endirikan rumahtangga. Melihat senyuman di wajah mereka, saya yakin Shazrik pilihan yang tepat untuk memimpin keluarga kecil kami nanti.” Katanya

Walaupun kurang sebulan sahaja lagi pasangan ini akan disatukan, Dynas turut mengakui dirinya itu berasa gementar terutamanya bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. 

“Jika ditanya mengenai perasaan, pastinya keterujaan lebih dirasai bakal suami memandangkan ini adalah pengalaman pertama beliau mendirikan rumahtangga. Namun secara peribadi saya tetap berdebar. Bagikan tidak percaya semua ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Mungkin kerana sebelum ini, saya tidak begitu serius memikirkan perancangan untuk menamatkan zaman solo. Alhamdulillah, jodoh kami kuat.” Katanya

 

Mengakui segala persiapan perkahwinan telahpun selesai, Dynas memberitahu tidak menetapkan apa-apa tema untuk majlis perkahwinan beliau nanti. 

Apapun, kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah buat Dynas dan juga Shazrik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Events Sun, 11 Feb 2018

HAEL BERJAYA JAMPI KEPUTUSAN JURI?

Dengan arrangement lagu yang nyata cukup luar biasa ditemani dengan efek LED membantu menghidupkan lagi persembahan Hael pada malam tersebut

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

It’s A Boy…Tahniah Shima Anuar Timang Anak Kedua!

Alhamdulillah…tahniah Shima Anuar & suami!

Featured Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

’Lebih Baik Bunuh Saja Suami Saya…’- Almy Nadia Bengang Tuduhan Netizen

Fitnah memang tidak boleh dibuat main-main kerana ia boleh merosakkan reputasi seseorang sehingga mengganggu rumah tangga suami isteri. Begitulah situasi dilalui pelakon, Datin Almy Nadia yang menyelar tindakan warganet yang memfitnah suaminya, pelakon dan usahawan,

| Live TV