Trending By: Salma Syahbuddin March 16, 2021 @ 2:02pm

Awas! Pengguna Jalan Raya Berdepan Denda RM2,000 Jika Beli Jualan Di Lampu Isyarat

Pengguna jalan raya berdepan kompaun berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat.

 

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

 

“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.
“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai pada Isnin.

Lokasi yang terlibat adalah…

Gambar sekadar hiasan

Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

 

Justeru itu, adalah dinasihatkan semua peniaga diminta untuk mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

 

“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,”jelasnya.

 

 

Sumber : Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Mon, 26 Feb 2018

KREN TUMBANG DI MRR2, PENGGUNA DIMINTA BERSABAR

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kren berkenaan yang hilang imbangan dan terjatuh di atas jalan.

Featured Thu, 11 Nov 2021

Bengang Sampai Menggigil Tahan Marah! Wanita Sedih Bila Mekanik Bawa Lari Enjin Kereta

Kisah seorang wanita membuat lawatan mengejut ke bengkel untuk melihat kereta kesayangannya apabila mekanik kereta itu memberikan pelbagai alasan mendapat perhatian. Apa yang mengejutkan, wanita itu tidak menyangka dia melihat bahagian dalam kereta miliknya dilarikan […]