Trending By: Padin April 26, 2022 @ 6:21pm

Ayam Segar RM1.49 Seekor*, TV9 #JanjiRaya Bersama Penonton Dengan Tawaran Istimewa!

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, TV9 dan ST Rosyam Mart dengan Seikhlas Hati menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor* sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9! (*tertakluk pada terma dan syarat).

Acara istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 26 April dan 27 April 2022 dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di dua lokasi ST Rosyam Mart iaitu di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor.

Selain pembelian ayam segar dengan harga promosi istimewa ini, para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Datuk Rosyam Nor dan barisan pelakon 30 Hari Sebelum Raya iaitu Aprena Manrose, Shakilla Khoriri, Liza Abdullah dan Mark Adam serta peluang untuk membawa pulang cenderahati istimewa daripada TV9.

Menurut Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi TV9,

“Sudah dua tahun, kita tidak berpeluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri kerana pandemik COVID-19. Kini, negara kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, sudah tentunya ramai yang teruja untuk menyambut perayaan ini dengan insan tersayang.

“Oleh itu, TV9 dengan seikhlas hati, ingin meraikan Hari Raya Aidilfitri menerusi aktiviti #JanjiRaya ini bersama komuniti, tidak kira walaupun situasi masih lagi sukar sekarang, yang pasti kita #JanjiRaya bersama dan teguh bersama dalam apa jua situasinya.

“Semoga semangat kental ini terus berada dalam komuniti dan #JanjiRaya bersama-sama dan menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Jadi, saya ingin berpesan kepada para pengunjung di ST Rosyam Mart supaya sentiasa mengamalkan SOP semasa membuat pembelian ayam segar nanti.”

Berikut ialah butiran untuk aktiviti TV9 Janji Raya:

26 April 2022 (Selasa)
ST Rosyam Mart Setiawangsa: 9.00 malam – 11.00 malam
Selebriti: Datuk Rosyam Nor, Aprena Manrose & Shakila Khoriri

27 April 2022 (Rabu)
ST Rosyam Mart Shah Alam: 9.00 malam – 11.00 malam
Selebriti: Datuk Rosyam Nor Liza Abdullah & Mark Adam

*Terma & Syarat:
i) Terhad kepada 1,000 ekor ayam segar sehari.
ii) Terhad 1 ekor ayam segar untuk 1 keluarga.
iii) Kupon tebusan akan diedarkan di lokasi pada waktu yang tertera.
iv) Kupon tebusan hanya sah pada hari, waktu dan tempat yang tertera.
v) Kupon tebusan wajib diserahkan sewaktu pembayaran.
vi) Harga promosi hanya sah bersama kupon tebusan.

Gunakan #JanjiRaya #JanjiRayaTV9 #JanjiHappy #AyamHappy #SeikhlasHati #STRosyamMart #30HariSebelumRaya untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Oct 2019
Trending Sun, 14 Nov 2021

Sempena Hari Lahir, Nabila Razali Beri Peminat Hadiah

Selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul Putus. Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer […]

Featured Mon, 30 Jan 2023