Categories: Trending

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Pelakon dan model popular era 1990-an, Norazah Aziz dilihat berani mencetuskan kontroversi dan kecaman daripada peminat Melayu Islam apabila hadir dan menyokong perarakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) Montreal Pride di Montreal.

Beberapa keping foto selepas perakaran itu dikongsi di Instagram miliknya, semalam.

Dia yang menetap di Montreal, Kanada sejak 20 tahun lalu, menganggap akaun IG adalah miliknya dan dia ada hak berbuat apa yang dia inginkan.

“Biarlah. Hak masing-masing. Tomorrow is another day. Everyone move on.

“Semua orang ada hak untuk berbicara, tak mengapa,” tulisnya membalas satu komen netizen yang meminta Norazah memberi penjelasan susulan tindakannya menimbul kemarahan banyak pihak di Malaysia.

Selain itu, dia juga meletakkan beberapa tanda pagar “Kongsikan rasa cinta, bukan membenci #montrealpride #rbc #prideparade #peacenothate #jangankecam #weallhumans #farfarawaydontcare #igsayasayapunyasuka #taksukasilaunfolow #okbye.

Norazah sebelum ini pernah menetap di Perancis dan London bersama suaminya, Daud Leroy, serta tiga anak lelaki mereka, Aaron, Ryan, dan Justin.

 

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri