Categories: Trending

Azizan Osman Tawar Diri Untuk Menaja Lebih 100 Warga Utusan?

Ramai yang terkesan dengan rentetan dari tularnya berita penutupan Utusan Melayu semalam. 

Pakar motivasi dan Mentor keusahawanan, Azizan Osman pula menerusi Twitter menawarkan latihan kejayaan percuma kepada lebih 100 kakitangan Utusan pada minggu depan.

“Saya akan tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengubah hidup, insyallah dengan segala kemahiran dan pengalaman yang mereka sedia ada,” tulisnya.

Terdahulu, Azizan Osman juga pernah memuat naik entri di Instagram beliau mengenai kerisauan beliau mengenai isu yang sama.

Dalam pada itu, sebuah pertunjukan amal dikenali sebagai Towel Extravaganza @ Busana MARA akan diadakan pada 5 hingga 7 September anjuran Pocket Tv bersama butik First Time Around.

Pertunjukan itu akan membuat kutipan amal untuk tabung bantuan Utusan dan Kosmo.

Antara artis bakal membuat persembahan dan jualan amal ialah Mac Rahayu, Rozita Rohaizat, Ayu Damit, Azura Aziz, Datin Ramziela, Syafeek Ikhwan, Umar Uzair, Zam Ryzam, Keena Prasista, pereka fesyen Calvin Thoo, dan ramai lagi.

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri