Categories: HiburanSelebriti

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Penyanyi asal Singapura, Sufi Rashid mendedahkan hubungan pertunangannya dengan Nurulain Md Yusof hampir retak gara-gara fitnah yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi Instagram Story (IG Story) Sufi, dia menulis keluarga tunangnya bukan saja terjejas tetapi malu dengan fitnah disebarkan ke atas mereka.

 

“Saya turut malu dan segan berdepan dengan mereka yang langsung tidak bersalah.

“Dalam masa sebulan lagi, saya akan mengakhiri zaman bujang. Semakin dekat tarikh pernikahan, semakin berat dugaan yang saya dan tunang hadapi,” tulisnya.

Menurut Sufi, ada pihak menggunakan akaun palsu cuba menarik perhatian tunangnya dengan melemparkan fitnah, menghina dan buat tuduhan tidak masuk akal.

Sebagai anak seni, dia tidak mahu namanya terpalit dengan kontorversi dan tujuan memuatnaik kenyataan itu di IG Story bagi menghentikan sifat suka buruk sangka orang lain.

“Saya percaya, ‘ramai’ yang tahu hal peribadi saya dan simpati dengan apa yang jadi pada kami. Banyak ‘nasihat’, ‘pesanan’ dan ‘teguran’ yang diberikan dan saya sangat hargainya.

“Saya anak seni yang sedikit sebanyak dikenali tidak mahu meluahkan masalah untuk elakkan kontorversi. Tetapi, saya harap dengan post ini mampu hentikan kelakuan buruk sangka terhadap orang lain.

“Daripada kamu bersangka buruk dan menambah dosa, lebih baik kamu doakan kami yang sedang berusaha mendirikan masjid,” tulisnya.

Sufi dan Nurulain mengikat tali pertunangan pada 15 Disember tahun lalu dan bakal berkahwin pada 21 September depan.

Oleh: Guy Masaki

SGMS Putri