Trending By: Ad Ops January 24, 2018 @ 8:00pm

Bagaimana Hadapi Mereka Yang Mahu Bunuh Diri

Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington menggemparkan seluruh dunia kerana pemergiannya yang tiba-tiba serta keputusannya mengambil nyawa sendiri. Chester yang dipercayai menghidap kemurungan dikatakan telah meninggalkan klu mengenai penderitaannya dalam lagu, namun tiada siapa yang seolah peduli dan ‘mendengar’ jeritan batinnya.

Apabila berdepan mereka yang ada kecenderungan membunuh diri, aplikasikan beberapa tips ketika bercakap dengan mereka bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku:

DO’S

Jadi diri sendiri

Biar dia tahu anda peduli dengan keadaannya. Mungkin  anda bukan kaunselor yang hebat, namun dengan niat ikhlas dan murni, semuanya akan terzahir.

Dengar

Biarkan dia meluahkan segala kekusutan melanda jiwanya. Biar senegatif mana sekalipun perbualan itu, penting untuk jadi terbuka dan berlapang dada mendengar masalahnya.

Bersimpati

Jangan menghakimi, bersabar, tenang dan terima luahan hati dia sebaiknya. Tindakannya meluahkan masalah kepada anda adalah bukti anda antara orang dipercayainya.

Beri harapan

Beritahu ada yang sedia menolong untuk menjernihkan keadaan dan peraan mahu menamatkan nyawa sendiri itu hanya sementara. Hubungi agensi Befrienders  di 03-79568144 atau 03-79568145 untuk maklumat lanjut.

Ambil berat

Jika si pengadu mengatakan dia mengalami kemurungan, tanya jika dia ada niat untuk bunuh diri. Tidak semestinya memberi idea kepada mereka, tapi membuktikan anda sedia berkongsi beban masalah dengannya.

Jadi diri sendiri dan percaya dengan kelebihan diri yang ada

DON’TS

Bertengkar

Elakkan mengucapkan “Banyak lagi benda dalam hidup kau yang kau kena bersyukur” dan  “Bunuh diri ni akan buat keluarga kau malu”.

Pura-pura terkejut

Tindakan sebegini dan sesi ceramah panjang lebar tentang hidup, tidak akan membantu.

Berjanji untuk simpan rahsia

Apabila melibatkan nyawa seseorang, anda wajib melaporkan kepada pihak yang lebih arif untuk mengelak perkara buruk. Jika berjanji untuk merahsiakan, anda mungkin terpaksa mungkir janji.

Menyalahkan diri sendiri

Anda tidak punya kuasa untuk mengubah keadaan mental seseorang. Kebahagiaan dirinya bukan tanggungjawab anda sepenuhnya untuk menjamin setiap masa.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Trending Wed, 25 Jul 2018

怕新郎太紧张 新娘竟变成「老婆的哥哥」

结婚是一对新人生命当中最重要的事,因此大家都会尽量严肃对待,就是不希望出现任何的差错。可是当这位紧张万分的新郎转头准备迎接自己的美娇娘时,发现来的竟然是自己的大舅,这到底是怎么回事?

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Lewis Hamilton Bakal Berlakon Bersama Brad Pitt Bawah Filem Arahan Pengarah Top Gun: Maverick

Belum ada tajuk filem, Lewis Hamilton bakal berlakon bersama Brad Pitt.

Trending Tue, 24 Apr 2018

Dia Petik Nama Saya – Ini Sebab Kenapa Che Ta Serang Kak Zai

Che Ta marahkan Kak Zai kerana bersebab. Apa agaknya ya?

Trending Sun, 15 Nov 2020