Featured By: Yanie Baharom June 4, 2018 @ 11:00am

Baju Melayu Zebra Dikritik, Amir Kadir Berterima Kasih Kepada Netizen Bikin Bajunya Laku

Pereka fesyen Amir Kadir dikritik gara-gara baju Melayu hasil rekaannya kelihatan begitu ketat, sehingga menjadi bahan tular di media sosial.

Segelintir netizen menyindir nya dengan mengibaratkan baju Melayu berkeaan seperti ‘swimsuit’ (pakaian renang) kerana menonjolkan susuk badan.

“Nak tanya, ni baju Melayu ke swim ke sarung nangka? Aduhai rekaan baju Melayu trend sekarang,” luah seorang netizen.

Maklum balas netizen membuatkan Amir tampil memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa baju Melayu itu bukanlah sendat atau dengan sengaja memperlekehkan budaya Melayu.

“Pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian.

“Perkara ini (baju Melayu ketat) terjadi ketika sesi penggambaran yang menggunakan khidmat salah seorang model yang sado dan saiz baju agak kecil untuk dia.

Effectnya (kesan), ia kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yang agak berlainan sedangkan jika dilihat pada gambar di mana dua model yang berlainan kesannya adalah normal,” katanya menerusi status di Facebook yang kemudian dikongsi di Instagram.

Foto: Instagram Amir Kadir

Malahan di ruangan komen, Amir turut menjelaskan bahawa baju Melayu yang kelihatan sendat itu disebabkan kakitangannya memakaikan pin bagi menampakkan kesan yang berlainan menyebabkan ia kelihatan ketat keterlaluan.

“Lagi satu, masa penggambaran tu staf saya pin kat bahagian seluar… effect gambar over (keterlaluan),” tambahnya.

Posting Amir Kadir tersebut turut disertakan dengan tiga gambar model berlainan yang memakai baju Melayu yang mendapat kritikan ramai itu.

Sekeping gambar adalah baju Melayu yang tular, manakala dua lagi merupakan pemakaian yang lebih longgar tanpa menunjukkan susuk badan.

Foto: Instagram Amir Kadir

Sehubungan itu, Amir berharap penjelasannya dapat melegakan hati netizen berhubung perkara sebenar.

“Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yang negatif tanpa usul periksa terlebih dahulu,” katanya sambil meminta semua pihak supaya bersangka baik.

Dalam pada itu, Amir berkata, beberapa rekaan baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ telah laris dijual berikutan tular di media sosial.

“Baju viral (tular) dan habis dijual. Terima kasih para pelanggan yang disayangi! Semua ‘bawangs’ terima kasih juga tau,” ujarnya.

Sumber: MStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 14 Aug 2022
Trending Fri, 10 May 2019

明明坐着上班,为什么会那么累?

工作党们有没有这样的体验,朝九晚五的一天下来,感觉要腰要累断了……

familuv Sun, 15 Mar 2020

Ella menangis gara-gara panik uruskan anak

Hidup Ella berubah 360 darjah

Hiburan Wed, 10 May 2023
Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

“Lagi seminggu je Mak, minggu depan majlis Sha dan Ubai…” 🥹😭 Pergi yang tak akan kembali, yang tinggal hanya kenangan 🥹 Al-fatihah

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Hiburan Sun, 29 May 2022

Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Isteri Haqiem Rusli ditegur netizen tentang cara pemakaian baju dan tudungnya.