Categories: Trending

Bantuan PKS Mikro Dibayar Mulai 30 November Ini

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini memaklumkan pemohon PKS mikro boleh menyemak status kelulusan bermula 27 November ini manakala tarikh pembayaran pula dijangka mulai 30 November ini.

“Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini demi kelangsungan perniagaan mereka, setiap permohonan akan disemak silang atau verifikasi dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan.

“Berdasarkan jangkaan awal, bilangan yang akan diluluskan jauh melebihi daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 200,000 PKS mikro,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Jenis Permohonan Yang Tak Diluluskan

Selain itu, terdapat beberapa sebab permohonan yang tidak akan diluluskan antaranya adalah kerana tidak memenuhi syarat iaitu tiada lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”