Categories: Trending

Tahap Kebimbangan Rakyat Malaysia Meningkat Semenjak Pandemik

Menurut sebuah syarikat penyelidikan pasaran IPSOS, tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 adalah tinggi berbanding negara lain yang menghadapi krisis global.

Tahap kebimbangan rakyat Malaysia  turut mengatasi tahap kebimbangan kedua dua penduduk di negara Amerika Syarikat dan Eropah, biarpun catatan rekod kes mereka tinggi. 

Dilaporkan, 44 peratus negara di dunia bimbang akan pandemik itu dan Great Britain adalah negara kedua selepas Malaysia dengan 61 peratus, diikuti Sepanyol (60 peratus) dan Korea Selatan (58 peratus).

Katanya, kajian berkenaan dilaksanakan setiap bulan di 28 negara seluruh dunia menerusi Sistem Panel Dalam Talian IPSOS menyaksikan sampel bulanan Malaysia adalah n=500.

Kajian itu turut mendapati 44 peratus rakyat Malaysia merasakan negara tidak berada di landasan tepat pada Oktober berbanding 33 peratus pada September tahun ini, manakala mereka yang merasakan negara berada pada landasan betul merosot kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada tempoh sama.

SUMBER: Hmetro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”