Trending By: Salma Syahbuddin November 25, 2020 @ 3:04pm

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Menurut pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi, bulan Januari sehingga Oktober sebanyak RM216 juta dana zakat berjaya dikutip berbanding sasaran yang ditetapkan bernilai RM285 juta.

Daripada jumlah agihan tersebut, keperluan 8 golongan asnaf sebanyak RM211 juta dapat dilaksanakan.

“Sejak 18 Mac lalu, MAINJ memperuntukkan RM7.9 juta kepada asnaf antaranya sebanyak RM684,000 diberikan kepada 600 pesakit yang disahkan positif Covid-19 termasuk RM1,000 untuk 20 isi rumah atau waris pesakit yang meninggal dunia akibat wabak itu.

Bantuan keperluan asas termasuklah…

Tambahnya lagi, bantuan keperluan asas berjumlah RM3.6 juta diberikan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan, tidak dapat bekerja hingga kehilangan sumber pendapatan, Orang Kurang Upaya (OKU), ahli keluarga positif Covid-19, ahli keluarga yang dikuarantin dan ahli keluarga dalam proses kuarantin di kediaman.

Selain itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memberi RM600,000 untuk keperluan aset perubatan bagi menangani Covid-19 kepada semua hospital di negeri ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri.

Dan menyalurkan sejumlah RM25,000 membabitkan bantuan bagi pengurusan jenazah.

RM500 diberi secara one-off

Manakala, RM500,00 secara pemberian one-off akan diberikan kepada 50 tukang mandi jenazah dan penggali kubur bagi kes kematian jenazah berpunca daripada Covid-19.

“MAINJ turut memperuntukkan RM25,000 bagi keperluan pembelian keranda dan kelengkapan kafan juga secara ‘one off’ berdasarkan tuntutan rasmi oleh pihak pengurusan jenazah yang disahkan oleh Kadi Daerah,” katanya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Tue, 18 Jul 2023
Featured Thu, 22 Apr 2021

“Tidak Bersentuhan” – Amyra Rosli Hormati Pendirian Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Pelakon popular, Amyra Rosli mengakui imejnya yang kini bertudung tidak menghalang beliau daripada terus berlakon. Ketika ditanya sekiranya beliau meletakkan syarat dan batas untuk tidak bersentuhan berlakon bersama dengan pelakon lelaki, Amyra mengakui suaminya, Amar […]

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Featured Thu, 14 Dec 2023
Trending Thu, 18 Feb 2021