Categories: Trending

Bantuan Sebanyak RM2.38 Juta Buat Golongan Miskin & B40

Peruntukan sebanyak RM 2.38 juta akan disalurkan oleh kerajaan negeri Perak bagi membantu rakyat khasnya golongan B40 dan golongan miskin terutamanya yang terkesan akibat krisis Covid-19.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan hari ini memaklumkan, daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula pada Ahad.

Sebanyak RM400,000 akan diberikan kepada PDT Kinta, Larut, Matang dan Selama.  Manakala, peruntukan sebanyak RM200,000 PDT Hulu Perak dan Muallim.

“Walaupun prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar dengan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi namun beliau mahu semua PDT serta agensi lain membuat pemantauan bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat diberikan bantuan dengan segera”

Malah, keutamaan ini juga termasuklah menyalurkan bantuan seperti kotak  makanan terutamnya kepada golongan  miskin dan B40 yang terputus mata pencarian dan pendapatan terjejas akibat pelaksanaan SOP di kawasan PKPD ini.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin