Categories: Trending

Tengku Hassanal Sumbang Elaun DiRaja Selama 3 Bulan Buat Rakyat Palestin

Siapa sangka, pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan serangan rejim zionis Israel.

Perkara ini dikongsi sendiri menerusi satu hantaran di laman Facebook Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi hantaran tersebut, baginda berkenan supaya elaun itu disumbangkan ke Tabung Pahang4Palestin yang dilancarkan kerajaan negeri pada 22 Mei lalu sebagai tanda solidariti rakyat Tok Gajah itu kepada penduduk Palestin.

“Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan menjadi pembakar semangat dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas,” kata Wan Rosdy menerusi laman media sosial rasmi beliau.

Terdahulu, Tunku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga turut menitahkan solat hajat dan doa selamat diadakan di negeri itu bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis

 

Sumber : Facebook

Salma Syahbuddin