Categories: Trending

“Banyak Dugaan Sebelum…” – Dikompaun Kerana Langgar SOP, Ini Penjelasan Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia dan suami, pelawak Shuib menempuhi pelbagai dugaan sebelum sampai ke Kelantan.

Berada di sana untuk tujuan pembukaan dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, staf mereka terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke sana.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.

“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua cawangan baru di sana.

“Mulanya, staf kami terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.

“Berderau darah saya bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta sahaja yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius. Jadi, perjalanan kami diteruskan,” tulis Sarah menerusi hantaran Instagram terbarunya.

Seterusnya, Sarah mengakui mereka dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran di Lipis, Pahang malam tadi.

Sarah dan Shuib merupakan antara lima individu yang dedenda akibat melanggar SOP.

“Singgahlah kami makan di sebuah restoran tepi jalan lepas selepas dah uruskan banyak hal. Kami putuskan untuk makan di Lipis. Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.

“Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua cawangan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” tulisnya lagi.

Padin