Banyak Telekung Lama? Trade-in Jer Dengan Yang Baru Di Butik Siti Khadijah Hari Ini!

Telekung ni dah menjadi aksesori atau kelengkapan wajib buat setiap wanita Muslim. Islam kan menganjurkan keindahan, begitu jugalah dengan wanita yang sukakan kecantikan, pantang nampak telekung cantik, mesti nak bertukar-tukar.

Berita baik untuk penggemar telekung Siti Khadijah (SK), satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, korang tahu tak Siti Khadijah kini tengah mengadakan kempen #Tradeinjer yang membolehkan korang tukar telekung yang lama dengan yang baru. Bestnya!

 

Trade-in jer & nikmati rebat sehingga RM50!

Haa..korang tahu tak, dengan kempen #Tradeinjer, korang boleh tukar telekung lama dengan yang baru. Yeay, bestnya!

Kalau ada telekung SK yang dah lama dan tak guna kat rumah tu, korang bolehlah hantar je dekat mana-mana butik SK berdekatan korang. Yang lagi best, dengan setiap telekung lama yang korang trade-in tu, korang berpeluang untuk dapatkan telekung baru berserta rebat RM50!

Takde telekung SK tapi nak trade-in? Boleh je..kalau telekung yang bukan jenama SK pun korang boleh trade-in dan dapatkan rebat bernilai RM10.

Eh..kempen ni berlangsung sampai 30 April 2024 ni je tau. Jadi, korang dah boleh lah mula asing dan kumpulkan telekung-telekung lama yang ada tu untuk #Tradeinjer!

Tapi sebelum nak trade-in tu, korang check dulu telekung-telekung tersebut menepati kriteria ataupun tidak. Haa..contohnya seperti di bawah ni:

Jadi, apa tunggu lagi. Jom #Tradeinjer telekung korang di butik SK yang berdekatan sekarang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Siti Khadijah. 

Nabihah

Recent Posts