Categories: HiburanTrending

AJL38: Tahniah! Amir Jahari Dinobatkan Juara Lagu Tahun Ini

Malam anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) menyaksikan penyanyi Amir Jahari dinobatkan sebagai Juara Lagu, pada tahun ini.

Tampil mempertaruhkan lagu Hasrat, turut dicipta sepenuh oleh Amir  juga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Dalam pada itu, AJL38 turut menyaksikan Aisha Retno meraih takhta naib juara menerusi lagu, Sutera sekali gus membawa wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi.

Sementara itu, Aina Abdul mendapat tempat ketiga menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu dan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi.

Untuk persembahan pula, Aina Abdul telah berjaya memenangi Anugerah Vokal Terbaik yang membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi

Manakala, Aisha Retno memenangi Anugerah Persembahan Terbaik yang berjumlah RM12,000 beserta trofi.

AJL38 ini juga turut menyaksikan Aina Abdul memenangi Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa sekaligus membawa wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Fatin Nurain