Categories: Trending

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa mentua kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi hari ini, selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan pelantun lagu Untuk Terakhir Kali itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

“Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad yang rapat dengan Allahyarham turut berkongsi khabar duka itu dan memaklumkan Allahyarham sudah dianggap seperti bapa sendiri.

“Seorang yang dianggap bapa pada aku pergi menghadap Ilahi disebabkan Covid-19. Semoga aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan reda dengan ujian yang sangat berat ini. Insya-Allah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun,” tulisnya.

Untuk rekod, Marsha bernikah dengan anak sulung Allahyarham, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Sumber: Harian Metro

Padin