Categories: Trending

Barisan Hadapan Tertekan, Pakar Kesihatan Rayu Agong Henti PRU15

Susulan peningkatan kes Covid-19 dan isu banjir melanda negara, pakar kesihatan merayu agar campur tangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku dalam waktu terdekat.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang merupakan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi antara kepentingan PRU dan kemaslahatan umum.

Kes Covid-19 semakin membimbangkan

Berikutan peringatan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai keadaan kes Covid-19 yang berada pada tahap membimbangkan ketika ini adalah lebih baik jika pemimpin politik tidak mengemukakan cadangan mengadakan PRU dalam masa terdekat.

Sebaliknya memastikan setiap individu melaksanakan pencegahan dan kawalan bagi membantu barisan hadapan menurunkan kes kebolehjangkitan ketika ini.

Terdahulu, Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi pada Rabu iaitu sebanyak 2,593 kes menjadikan jumlah kumuluatif sebanyak 125,438 kes.

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin