Categories: Trending

“Kes Paling Tinggi” – Sistem Kesihatan Kini Di Tahap Genting, KKM Cadang PKP Bersasar Di Kawasan…

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan  sebanyak 2,593 kes baru Covid-19 sekaligus menjadikan kes tertinggi pernah direkodkan di Malaysia. 

Bimbang dengan situasi tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham mencadangkan PKP secara bersasar dilakukan bagi mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan. 

Malah, KKM mengakui sistem penjagaan kesihatan kini berada di tahap genting dengan pertambahan jumlah pesakit dan KKM tidak lagi mampu menampung pesakit yang ramai.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka, dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting.

“Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat kluster-kluster di negeri itu.

Walaupun begitu, keputusan tersebut tetap menjadi hak prerogatif kerajaan, tetapi beliau  yakin kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”