Categories: Trending

Bayaran Dividen KWSP Sehingga 75 Tahun TIDAK Benar

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kenyataan mengenai pembayaran dividen KWSP sehingga usia 75 tahun yang tersebar TIDAK lagi terpakai.

Ianya berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, ahli yang memilih untuk mengekalkan sebahagian daripada simpanan mereka akan terus menerima bayaran dividen ke atas simpanan sehingga usia 100 tahun.

Membolehkan ahli mengekalkan simpanan

Langkah itu diperkenalkan susulan pindaan ke atas Akta KWSP 1991 yang bertujuan membolehkan ahli yang memilih untuk mengekalkan simpanan di KWSP selepas persaraan mendapat manfaat gandaan dividen sehingga semua simpanan dikeluarkan oleh ahli.

“KWSP akan memaklumkan kepada ahli dan hanya akan memindahkan sebarang simpanan yang tidak dituntut apabila ahli berumur 100 tahun kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut”

Dalam pada itu, KWSP juga menasihati ahli supaya berwaspada terhadap maklumat tidak sahih yang dihebahkan melalui saluran media sosial dan sentiasa mengesahkan sumber dan tarikh maklumat itu.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan berkenaan KWSP, orang ramai digalakkan untuk layari laman rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my ATAU di talian 03-8922 6000.

Salma Syahbuddin