Categories: Trending

Pergerakan Rentas Negeri Diluluskan Hanya Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja, Dengan Syarat…

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan hari ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Ini sebahagian langkah bagi mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes di negara kita.

Namun, pergerakan rentas negeri ini hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian yang melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja selain dari urusan perubatan, pendidikan dan pasangan jarak jauh.

Rentas negeri dari Isnin hingga Khamis sahaja

Tambahnya lagi, sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ianya hanya boleh dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Manakala, pergerakan pada hari Jumaat sehingga Ahad TIDAK akan diluluskan.

” Bagaimanapun, ianya tertakluk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh,”

Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah dilarang.

Selain itu, pergerakan rentas negeri yang diluluskan ini akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin