Sebanyak 19 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup selepas terdapat 27 kes positif membabitkan kontak rapat pesakit.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dalam kenyataannya memaklumkan, 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama (SMA) serta tujuh Sekolah kebangsaan (SK) termasuk Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) terpaksa ditutup bagi tujuan kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak rapat.
Malah, mengenai pembukaan semula sekolah terbabit akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah disaran agar memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.
“Kesemua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” jelasnya.
Berikut merupakan senarai sekolah yang diarahkan tutup oleh Pejabat Kesihatan daerah Petaling;
Sumber : Kosmo
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua