Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 3, 2021 @ 10:29am

Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan bahawa, permohonan kemudahan i-Sinar yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai 2 Mac 2021 susulan pemansuhan kriterianya bulan lalu.

 

Ianya membabitkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.

“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Boleh Semak Status Pembayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 Bermula…

ARTIKEL BERKAITAN : I- Sinar : Permohonan Baru Mulai 8 Mac Ini, Cara Permohonan & Jumlah Pembayaran Baru..

Sumber : KWSP

Status TIDAK BERJAYA perlu mohon semula

Kelayakan permohonan i-Sinar akan ditambah baik meliputi ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap dan bukan warganegara) berusia di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150.

 

Di bawah syarat baharu ini, kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar.

 

Malah, tidak ada sebarang dokumen sokongan perlu dikemukakan dan permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan.

“Bagi ahli yang mendapat jawapan ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’ juga tidak perlu berbuat demikian kerana permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan,”

 

Namun, bagi permohonan sebelum ini yang mendapat jawapan ‘Tidak Berjaya’, ahli perlu memohon semula mulai 8 Mac ini. Dan, bagi melancarkan urusan permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Lebih Mudah ! Ini Cara Tukar Akaun Shariah KWSP Anda Dengan Hanya Menggunakan i-Akaun

 

Selain itu, ahli yang memohon pengeluran i-Lestari juga layak untuk mengemukakan permohonan i-Sinar termasuklah  yang sedang menerima bayaran bulanan i-Lestari.

 

Dan bermula 8 Mac ini, ahli juga diberikan kelonggaran untuk melakukan pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

 

Bagi jumlah pengeluaran, ianya kekal sebagaimana kriteria sebelum ini iaitu bagi ahli yang mempunyai baki simpana kurang RM100,000, pengeluaran sehingga RM10,000 dibenarkan. Manakala, ahli yang mempunyai baki melebihi RM100,000, pengeluaran sehingga 10 peratus dibenarkan dengan jumlah maksimum RM60,000.

 

Justeru itu, mana-mana ahli yang layak dan masih mempunyai peluang boleh lah memohon i-Sinar pada 8 Mac ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

 

 

 

Sumber : KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Sep 2024

Nak Jadi Penyanyi? Ini Cara Sertai Kempen Pencarian Bakat Baharu XTRA XSTAR 2024

Ha apa tunggu lagi? Rebut gelaran Juara & anda berpeluang bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records & Talent!

#tilljannah Fri, 2 May 2025

“Bila Wanita Mengamuk Fahami, Jangan Lawan”- Rita Rudaini

Aktres itu seakan meluahkan perasaannya mengenai apa yang dialami seorang wanita.

Trending Tue, 19 Mar 2019

牛奶可乐一夜爆红!网友吵翻了,你敢喝吗?

最近,推特上有人又发起了一项挑战——牛奶+可乐,你会喝吗?

Featured Thu, 20 Jul 2023

“Bergenang Air Mata, Very Inspiring!” – Ramai Tersentuh, Alif Satar Kongsi Cabaran & Perjalanan Tunai Haji

Masya-Allah, perkongsian yang sangat padat dengan pengajaran. Sebak min dengar!😥

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Wed, 21 Jan 2026
Featured Wed, 8 May 2024

Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan 

Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪

Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau

error: Content is protected !!