Categories: FeaturedTrending

Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia, Faralyna Akur Takdir Tuhan

Pelakon, Faralyna Idris berdepan dengan ujian yang tidak diduga apabila bayi yang masih dalam kandungannya pulang menemui ilahi.

Sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, Faralyna kehilangan zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri dalam kandungannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Faralyna sempat menceritakan saat-saat sukar menghadapi kehilangan bayinya.

Pada malam 11 April lalu, dia merasakan seolah ada yang tidak kena pada kandungannya.

“Bermula dengan stomach cramp and back pain, bonda ajak ayah terus pergi hospital memang tak tahan sangat nak keluar rumah bleeding. On the way to hospital, bonda rasa air ketuban pecah”.

” Bila sampai je hospital, doc terus scan. Memang air dah sangat sikit, jantung baby pun dah lemah. Harapan tipis”.

” Kali kedua scan dapat tengok lagi baby BondaAyah yang cukup sifatnya tapi kali ini tiada lagi degupan jantung baby” .

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ini ketika ini menunggu untuk bersalin” kongsinya lagi.

Semoga Faralyna dan suami tabah menghadapi dugaan ini, syurga buat anaknya💖

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”