Trending By: Padin January 19, 2021 @ 1:38pm

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan penyanyi Nubhan Ahamad yang memegang status sebagai suami orang.

Wanita yang mesra disapa Nana ini muncul dengan lagu duet terbaharu bersama Nubhan yang berjudul Sekali Lagi.

“Saya menjaga batas kerana semuanya atas dasar kerja. Lagipun, sudah lebih 10 tahun saya mengenali Nubhan dan hubungan kami dah macam keluarga.

“Sebelum ini pun, saya pernah juga bergandingan dengan lelaki berstatus suami orang iaitu Alif Satar dalam drama bersiri dan juga lagu duet. Tak timbul sebarang isu jika saya menjalin kerjasama dengan Nubhan kerana kami memang baik.

“Saya juga baik dengan isteri Nubhan, Dr. Afifah Tawfek. Jadi saya rasa tak ada sebarang masalah pun. Saya harap peminat menerima gandingan kami berdua,” kata Nana.

Nana dan Nubhan ditemu bual dalam sebuah siding media virtual lagu Sekali Lagi yang berlangsung semalam.

Tambah Nubhan pula, isterinya menjadi penyokong kuat karya seni terbarunya bersama Nana.

“Isteri saya berikan sokongan lebih 100 peratus. Isteri memang tahu saya berkawan dengan Nana, malah dia juga baik dengan Nana.

“Isteri saya juga memberikan komen sertapandangan terhadap apa yang kami usahakan. Dia tidak cemburu pun dan dia juga berharap agar kolaborasi ini diterima ramai,” katanya lagi.

Lagu Sekali Lagi boleh dilayari di semua platform digital dan video muzik boleh ditonton menerusi saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Nov 2020
Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Featured Wed, 18 Jan 2023

“Dia Bawa Pergi Masjid Shah Alam Untuk Solat Berjemaah” – Julia Farhana Dedah Tempat Pertama Dating

Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan suaminya, Dr Che Hafiz adalah lelaki yang sering membimbing dan memberi pendedahan berkaitan hal agama. Menurut Julia, kali pertama mereka berjumpa, suaminya membawa mereka ke masjid. “First time dating tu […]

Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Featured Fri, 27 Oct 2023
error: Content is protected !!