Categories: FeaturedTrending

Bella Astillah hamil anak kedua, mengaku rujuk ketika edah

Teka-teki hubungan penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Aliff Aziz akhirnya terjawab apabila Bella mengakui sudah kembali rujuk dengan Aliff ketika dalam tempoh edah, tahun lalu.

Bella menerusi pengakuannya ketika menjawab pertanyaan pengikut di laman sosial Instagram miliknya pada Ahad turut mengakui dirinya kini hamil anak kedua.

“Ya, saya,” jawab Bella ringkas apabila ada seorang pengikut bertanyakan jika dirinya berbadan dua dan anaknya Ayden Adrean bakal mendapat adik.

 

Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016, namun rumah tangga yang dibina mereka hancur pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali berlaku curang.

Menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai adakah dia menikahi Aliff semula, Bella memberitahu mereka sudah rujuk kembali ketika masih dalam tempoh edah.

“Alhamdulillah, masa dalam edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula. Doakan ya,” tulis pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu.

Rata-rata pengikut Bella berasa gembira dengan perkhabaran itu dan mendoakan agar rumah tangga mereka berdua kekal bahagia selamanya.

Kredit gambar: Instagram Bella Astillah

Ad Ops