Trending By: Aqilah Paharuzi April 22, 2024 @ 1:58pm

Bella Astillah Tak Tahu Gosip Kisah Cinta Baru Aliff Aziz… Sedang Sibuk Jalani Penggambaran

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak mengetahui mengenai gosip tular berhubung suaminya, Aliff Aziz bercinta dengan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine.

Memetik laporan Oh Bulan!, ibu Bella iaitu Siti Zarina Astillah memaklumkan anak perempuannya itu tidak mengetahui pendedahan Sarah yang mengakui kekasih Aliff sejak Januari tahun ini.

Jelas Zarina, anaknya itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Isu apa itu? Dia (Bella) tidak tahu apa-apa fasal itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai aktor sensasi, Aliff Aziz yang didakwa mempunyai kekasih gelap bernama Sarah Yasmine.

Wanita tersebut mendedahkan video mesra Aliff mencium pipinya, serta membongkar perbualan aktor berkenaan bersama aktres, Ruhainies.

Nama Aliff kembali hangat setelah ditangkap khalwat bersama Ruhainies dalam sebuah kondiminum mewah pada 9 Mac lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang respons daripada pihak Aliff sendiri berhubung isu hangat bercinta dengan Sarah itu.

Artikel Berkaitan: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

Artikel Berkaitan: Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

Sumber: Oh Bulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Rezeki ditangan Tuhan.. Kenapa Marsha dilema tu?

Trending Tue, 6 Mar 2018

11 Bulan Bernikah, Akhirnya Dato’ Jamal Abdillah Perkenal Isteri Kepada Umum!

Selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah (Jamal) , 59, memperkenalkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin (Izatti), 24, kepada media buat pertama kalinya petang tadi.

Featured Sun, 14 Nov 2021

Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular. Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang […]

Trending Tue, 23 Apr 2019

Baling keju ke wajah bayi, kegilaan apakah ini warganet?

Keju melekat di muka si kecil memang nampak comel, tapi kesian!

Featured Wed, 18 Oct 2023
Trending Tue, 28 Apr 2020