Categories: Trending

Berjaya Kurangkan Kematian, Penawar Covid-19 Telah Ditemui!

Berita baik untuk seluruh dunia yang kini sedang menghadapi penularan pandemik covid-19! Saintis United Kingdom (UK) mendakwa berjaya menemui ubat yang dipercayai mampu meningkatkan survival pesakit COVID-19.

Penawar yang diberi nama Dexamethasone merupakan steroid yang mudah didapati. Ubat ini juga dipercayai mampu mengurangkan kadar kematian untuk pesakit yang menghidapi virus ini.

Penemuan penawar ini telah diumumkan pada hari Selasa dan sejumlah 2,104  pesakit telah diberikan ubat berkenaan dalam kajian yang diketuai University Oxford.

Kerajaan UK telahpun membenarkan penggunaan ubat ini di seluruh negara.

Satu Pencapaian Yang Membanggakan UK

“Ini memberikan impak besar kepada pesakit.”

“Ubat ini mengurangkan risiko kematian kepada satu pertiga daripada mereka yang bergantung kepada mesin, alat bantuan pernafasan, dan mereka yang bergantung kepada bekalan oksigen.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson menjelaskan penemuan terbaharu ini merupakan satu pencapaian hebat dalam usaha menemukan penawar jangkitan wabak yang membimbangkan dunia ketika ini.


Sumber: Awani & The Indian Express

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover