Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Sayu.

Tular foto menyayat hati seorang lelaki yang sanggup ambil risiko menyelamatkan neneknya yang dijangkiti Covid-19.

Kejadian ini berlaku di Mexico apabila lelaki muda ini sedang membawa neneknya ke hospital selepas wanita tersebut mula menunjukkan simptom Covid-19.

Pemuda tersebut kemudian meninggalkan neneknya di dalam kereta untuk memanggil petugas kesihatan, namun wanita tersebut dilaporkan tidak menyedarkan diri setelah beliau kembali.

Tanpa memikirkan tentang risiko jangkitan, pemuda ini terus melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk menyelamatkan neneknya namun tidak berjaya.

Wanita itu telah disahkan meninggal dunia kemudiannya apabila doktor sampai ke tempat kejadian.

Walaupun berisiko tinggi, pemuda tersebut sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan yang tercinta. Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Sumber: Facebook El Diario de Nanchital

Syafiqa Irdina