Categories: Trending

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Kini Pengguna Boleh Tuntut Kepada TTPM

Isu bil elektrik yang melambung tinggi terutamanya ketika fasa PKP berlangsung masih belum reda sehingga ke hari ini. Justeru itu, kepada pengguna yang tidak berpuas hati dengan bil mereka, bolehlah membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Hanya bayar RM 5 sahaja

Sumber : Google

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rasol Wahid berkata, langkah ini adalah sebagai inisiatif selain penyaluran aduan kepada pihak TNB dan Suruhanjaya Tenaga.

“Isu bil elektrik yang tinggi semasa PKP memang dalam perhatian kita. Kita sedar ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati.

“Buka fail di TTPM dengan bayaran fi RM5 dan kes akan diadili sebaiknya,” kata di sini hari ini.

Tambahnya lagi, TTPM telah meneriam dua tuntutan termasuklah aduan mengenai kenaikan luar biasa bil elektrik yang difailkan pada 5 Jun lalu.

Kes diselesaikan kurang dari 60 hari

Sumber : Google

TTPM juga turut menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi mengenai pembelian barang atau perkhidmatan dengan kes boleh diselesaikan kurang daripada 60 hari.

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin