Categories: Trending

Berlakon Jadi Hantu Pocong Untuk Takutkan Orang Kampung, Remaja Dihukum Tidur Di Kubur

Baru-baru ini, sebuah laman Facebook bernama Sarawak Viral berkongsi cerita lucu tentang bagaimana dua orang remaja telah membungkuskan diri mereka dengan kain putih.

Tujuannya adalah untuk berlagak macam hantu pocong supaya mereka boleh takutkan penduduk kampung mereka. Laaa, jahatnya budak-budak ini!

Rupa-rupanya ini bukan kali pertama mereka kenakan orang dengan taktik ini, tapi akhirnya mereka kena tangkap dek orang kampung.

Sebagai hukuman, mereka dihantar ke kawasan perkuburan terdekat dan dikerah untuk bermalam di sana. Ha, baguslah pun! Sesuai sangat dengan tema pocong mereka.

Foto: Facebook Sarawak Viral

Post ini telah mendapat sambutan tinggi oleh warga Facebook. Ia telah dikongsikan oleh lebih daripada 9,000 pengguna.

Ada netizen yang merasakan hukuman ini berlebihan tapi rata-rata ramai yang puas hati. Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

“Rasanya ada seorang lagi yang belum kena tangkap: tukang ikat untuk dua orang tu. takkan dua orang tu pandai ikat diri sendiri.”

Hahhaha! Dan memory ini akan menjadi memory indah bagi mereka bila mereka melihat balik di masa lampau ????#bestfriend

“Aku syorkan diorang dua tu tidur berasingan jangan rapat2 sebab kalau rapat bercerita; bagi jarak yang jauh2 sikit.”

“Kalau lelaki sering berperangai buaya darat, kena kasik kan jugak tidur dalam sangkar buaya semalaman.” Haha!

Perkara ini memang sesuatu yang kita jarang lihat setiap hari, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang apabila golongan remaja asyik melekat pada telefon bimbit mereka.

Harap-harap tak adalah sesiapa yang pura-pura jadi pontianak pula lepas ini.

Sumber: Sarawak Viral

Ad Ops