Trending By: Salma Syahbuddin August 3, 2021 @ 5:50pm

Bermula Ogos, Berita TV9 Kini Bersiaran Pada Jam 7 Malam

Jangan terlepas untuk menyaksikan Berita TV9 yang akan bersiaran pada jam 7 malam, setiap hari bermula Ogos ini.

TV9 dalam kenyataannya memaklumkan bahawa, saluran berita rasmi itu akan menjadi saluran berita dengan waktu perdana paling awal bersiaran di negara ini.

Bagaimanapun, TV9 tetap komited menyajikan kandungan yang lebih eksklusif dan relevan beserta garapan berita yang lebih dekat dihati  rakyat Malaysia.

Dengan waktu siaran terbaharu ini juga, TV9 akan menampilkan barisan penyampai berita berkaliber yang terdiri daripada Intan Syazwina, Ahmad Barr Zainal Abidin, Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz, Nur Affiza Azmi, Zaira Sri Zakaria, Saifulizam dan Shamellya Norazizi.

Jadi, pastikan anda terus setia bersama TV9 untuk mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara bermula 7 malam ini!

Untuk mengetahui perkembangan dan info terkini mengenai Covid-19, Olimpik 2020, dan berita-berita mutakhir jangan lupa ikuti TV9 menerusi akaun Facebook dan Twitter.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Jan 2021

Permohonan Tangguh Bayaran Balik PTPTN Mulai 20 Januari Hingga 31 Mac

Mesti ramai yang nak mohon untuk tanggug bayaran balik PTPTN kan?

Hiburan Sat, 14 May 2022
Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023

Ditimpa Ujian, Isteri & Anak-Anak Fizo Omar Masuk Hospital Silih Berganti – “Bil Lebih RM30,000 Sebulan…”

Min setuju apa yang Fizo suarakan ini 😌 Demi masa depan keluarga dan anak-anak kannn