Categories: Trending

Harga Semangkuk Sup Lagi Mahal Daripada Seekor Lembu?

Sebuah restoran yang terletak di wilayah Hebei China tiba-tiba viral apabila menjual semangkuk sup dengan harga 13,800 yuan bersamaan RM 8,325. Wow, ada ke yang sanggup bayar semahal demi sup?

Laporan media China melaporkan, istimewa tentang sup ‘eksklusif’ itu adalah ia disediakan daripada 12 bahan merangkumi empat dari langit, empat dari tanah dan empat dari laut.

Lebih menarik, ‘Haozhonghao beef noodle soup’ memerlukan 12 cef diperlukan untuk menyediakan sup itu dan pesanan mesti dibuat sebulan lebih awal supaya semua ramuan yang diperlukan dapat disediakan lebih awal.

Menu istimewa ini baru dimasukkan ke dalam menu restoran itu sejak enam bulan lalu.

Jangan terperanjat kerana setakat ini, hanya empat mangkuk sup berjaya dijual kepada pelanggan.Mungkin anda mahu jadi orang kelima? Jika ke China, apa kata jenguk-jenguk ke Restoran Niu Gengtian yang terletak di Shi-Jia-Zhuang. Mana lah tahu ada rezeki anda untuk rasa sup yang lebih mahal dari harga lembu ini kan…

 

SGMS Faida