Categories: Trending

Bimbang Diancam Stalker, Pemandu Bas Berbaju Kalis Peluru Setiap Hari

Jejaka sado yang juga pemandu bas di Oxfordshire, England, memakai baju kalis peluru sebagai langkah berjaga-jaga dan mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa serangan seorang stalker (pengendap).

Imre Marton, memakai baju kalis peluru itu setiap hari kerana bimbang pengendapnya Charlie Howells, bertindak di luar kewarasan.

Segalanya bermula apabila Charlie yang obses terhadap Imre menaiki bas di laluan bas yang dipandu lelaki itu selama berjam-jam. Setelah berbulan-bulan melakukannya, dia akhirnya mendekati pemandu bas yang diminatinya itu semasa dia sedang makan tengah hari.

Imre masih ingat bagaimana Charlie kelihatan sangat gementar, sehingga dia kelihatan menggigil. Charlie dengan cemas menjelaskan betapa dia menyukai Imre dan mengajaknya keluar.

Imre dengan sopan menjawab bahawa dia tidak mencari hubungan lain kerana dia sudah mempunyai seorang teman wanita. Terlalu terkejut, Charlie segera menangis.

Foto: eltoper.com

“Dia mula menangis, macam anda tengok budak kecil di kedai gula-gula. Saya tak pernah tengok orang dewasa meraung seperti itu,” kata Imre baru-baru ini.

Insiden gangguan ini hanyalah permulaan kepada masalah Marton. Selepas ditolak, Charlie semakin giat memburu Imre. Dia menghafal jadual kerja Imre dan sentiasa mengekorinya.

“Ke mana saya pergi dia ada di sana. Dia sentiasa beberada beberapa langkah di belakang saya. Ia benar-benar menyeramkan,” kata Imre.

Justeru Marton mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan diri daripada Charlie, tetapi ia tidak menjadi! Walaupun dia mengadu hal ini kepada majikannya dan menukar laluan basnya, wanita itu masih dapat mengesannya.

Bukan sahaja menemui laluan barunya, Imre juga menemui akaun media sosialnya dan juga berjaya mendapatkan alamat rumahnya. Kesemua ini membuatkan Imre sangat tertekan.

Foto: Daily Mirror

Hubungannya dengan teman wanitanya terputus dan dia hidup dalam ketakutan kerana perilaku Charlie yang menjadi semakin ‘ganas’.

Pada satu ketika, Charlie muncul di depan pintu rumahnya dan ada satu masa dia mengancam untuk mengelar lehernya. Ini mendorongnya untuk membeli baju kalis tikam yang terus dipakai hingga ke hari ini.

Walaupun tindakan Charlie menjadi semakin membimbangkan, Imre menghadapi masalah untuk menarik perhatian orang ramai betapa seriusnya masalah yang dihadapi.

Apabila dia mula melaporkan tentang Charlie kepada polis, seorang polis sambil tersenyum bertanya: “Apa jenayahnya?”

Apabila Charlie akhirnya menerima amaran rasmi daripada polis, keadaan menjadi lebih buruk. Selepas beberapa lama, Imre dapat meyakinkan pihak polis tentang betapa serius keadaan yang dihadapi.

Foto: Mirror

Charlie kini sedang menjalani hukuman penjara selama 3 tahun kerana berulang kali melanggar perintah larangan.

Hukuman penjara ini, bagaimanapun, menawarkan sedikit keselesaan: “Ia hanya memberikan lebih banyak masa untuk merancang apa yang akan dilakukannya seterusnya dan itu mengejutkan saya.”

Kehidupan Imre kucar-kacir kerana pengalaman ini dan dia hampir muflis. Dia menganggarkan sejak berdepan masalah ini dia telah rugi kira-kira £10,000 setiap tahun akibat perubahan pekerjaan, terlepas syif dan menghindari kerja lebih masa.

Keadaan Imre bagaimanapun tidaklah terlalu pelik kerana dianggarkan sekitar 1 dari 5 wanita dan 1 dari 10 lelaki akan mengalami situasi seperti ini dalam hidup mereka.

Tahun lalu, selepas dia mendedahkan bahawa dia memakai jaket kalis tikaman setiap hari, wanita itu menulis kepadanya: “Sekarang Charlie tahu di mana untuk tidak menikam kamu…Kamu fikir hidup kamu dalam bahaya sebelum ini, ramai yang akan buru kamu sekarang. Saya tak akan senang duduk kalau saya menjadi kamu, kamu telah diberi amaran!!!!”

“Saya tak pernah berasa selamat. Saya tahu dia tidak akan berhenti dan ini tidak akan berakhir. Saya hidup dalam ketakutan, sentiasa rasa tak selamat,” kata Imre kepada Mirror.

“Saya yakin pada suatu hari dia akan membunuh saya. Ia adalah matlamat akhir untuknya. Misinya adalah untuk kami mati bersama,” kata Imre kepada Mirror.

Foto: Mirror

Sumber: Mirror

Yanie Baharom