Categories: Trending

Boleh Lawat Penjara Bermula…

Jabatan Penjara Malaysia membenarkan sesi lawatan perjumpaan pelawat dengan penghuni di institusi penjara seluruh negara bermula 15 Jun ini. 

2 Pelawat Dibenarkan, Patuhi SOP

Menurut Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Hafidz Othman, hanya 2 pelawat dibenarkan untuk berjumpa dengan penghuni.

Walau bagimanapun, hanya pelawat yang telah membuat tempahan perjumpaan menggunakan dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi sistem i-VISIT atau panggilan telefon ke institusi penjara yang berkenaan dibenarkan menunggu di ruang menunggu pelawat.

Apa-apa pun pelawat diwajibkan memtuhi SOP dengan memakai pelitup muka serta menggunakan cecair pembasmi kuman, serta saringan suhu akan dijalankan terhadap pelawat sebelum dibenarkan masuk

Untuk maklumat terkini, korang boleh liohat di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina