Trending By: Padin June 26, 2021 @ 7:57pm

Bunga Kembali Dengan Mereng

Penyanyi rap Bunga kini mengorak langkah dengan melancarkan solo terbarunya yang berjudul Mereng.

Mereng merupakan hasil karya dari Bunga sendiri bersama John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong.

Lagu yang membawa genre Hip Hop tetapi diberi sentuhan elemen elektropop ini mampu menangkap telinga sesiapa sahaja dengan melodi yang ‘catchy’ dan lirik yang santai.

Rapper dan penulis lirik berbakat ini berharap agar lagu ini bukan saja mendapat reaksi positif peminat Hip Hop tetapi diterima baik oleh peminat muzik arus perdana.

Kemunculan Bunga dengan gaya tersendiri ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri muzik tanahair dan menggalakkan lagi gadis sepertinya untuk cuba berkecimpung dalam arena muzik Hip Hop.

Mereng juga merupakan runut bunyi untuk telemovie yang akan datang berjudul Holiday Aji Tom. Potongan babak telemovie Holiday Aji Tom diselitkan didalam video muzik rasmi Mereng yang menampilkan Jalil Hamid, Syafiq Kyle, Bunga dan lain-lain sebagai pelakon Holiday Aji Tom.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital bermula 25 Jun 2021 manakala video muzik rasmi Mereng boleh ditonton di Youtube Warner Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jan 2021

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Untuk Dikreditkan – MOF

Mohon bersabar demi kebijakan rakyat bersama ❤️

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Status Kewarganegaraan Isteri Belum Sah, Syaiful Zero Belum Ada Rezeki Menetap Di Kuala Lumpur

Selesaikan apa yang patut dahulu… nanti dah siap semua, barulah pindah ke ibu kota.

Kisah Viral Thu, 14 Apr 2022

Rambut Dalam Tepung Pelita, JKN Perak Sedang Jalankan Siasatan

Apa nak jadi la dengan peniaga bazar sekarang ni?

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hadir Ke Majlis Tunang & Shuib Didakwa Cepat Move On… Makder Tampil Jawab Soalan Cepumas – “Abah Arwah Siti Sarah Kata…”

‘Move on’ bukan bererti kita melupakan terus orang yang dah tiada.. Di hati rasa sayang tu mesti tetap utuh ❤️❤️

Trending Wed, 28 Aug 2019

Gempa Bumi Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Jangan risau setakat ini tiada ancaman tsunami ye

Trending Wed, 30 Jun 2021
Featured Tue, 28 May 2024

Isu Cucu Cabul Sepupu, Khadijah Ibrahim Mahu Keluarga Selesai Masalah -“Ini Masalah Kecil Antara Orang Bercinta”

Yang penting pihak keluarga ada cara yang lebih baik untuk selesaikan. Orang Luar! Jangan masuk campur okay.👀