Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari December 21, 2023 @ 8:44pm

Cabul Sepupu Sama Umur, Cucu Penyanyi Popular Didakwa Di Mahkamah

Seorang remaja lelaki yang juga merupakan cucu kepada penyanyi popular era 70-an didakwa atas pertuduhan mencabul sepupunya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, remaja lelaki yang berumur 17 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Berdasarkan dakwaan, remaja lelaki itu melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya yang sebaya dengannya atas tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing Seksyen 5, Petaling Jaya kira-kira jam 3 pagi pada 15 Oktober lalu.

Susulan itu, cucu kepada penyanyi terkenal yang berpangkat Datuk itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang bakal berdepan hukuman di bawah Seksyen 14 akta sama iaitu maksima penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Namun begitu, prosiding perbicaraan kes ini dijalankan secara tertutup ekoran melibatkan pesalah kanak-kanak bawah umur.

Di samping itu, Majistret Farah Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Februari tahun depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Suraj Singh.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 May 2024
Hiburan Thu, 12 Sep 2024

Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

Perasaan seorang ibu yang amat merindui anaknya 😭😭 Sayunyaaaa

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Fri, 22 Aug 2025
Featured Sat, 22 Nov 2025

Peserta Misi Kemanusiaan GSF Terkilan, Penganjur Batalkan Program Gara-Gara Tak Popular?

Haikal mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

error: Content is protected !!