Categories: FeaturedTrending

“Cakap Melayu Tak Susah, Memasak Lagi Susah”- Tular Kahwini Pemuda Melayu, Maryam You Narae Kini Muncul Di TV

Pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak asing lagi di platform media sosial mereka iaitu DurianKimchi TV.

Terbaru, pasangan ini muncul buat kali pertama dengan rancangan TV terbaru iaitu Apa Nak Masak Ini di TV3.

Menurut Maryam, walaupun ini kali pertama kemunculannya di kaca televisyen namun dia tidak merasakan ia merupakan satu cabaran untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

“Pada saya apa yang lebih mencabar adalah untuk memasak juadah Melayu kerana saya tidak begitu mahir. Saya tidak ada masalah untuk bercakap dalam Bahasa Melayu dan tidak merasakan ianya satu cabaran” kata Maryam ketika ditemui di sidang media Apa Nak Masak Ni.

Terdahulu , perkahwinan Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, pemuda asal Kelantan, dengan wanita Korea, You Narae dengan nama Islamnya, Maryam mendapat perhatian ramai.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul.

Apa Nak Masak Ni? menampilkan Maryam cuba menggabungkan masakan Korea dan Malaysia untuk menu berbuka puasa seperti sup tulang daging seaweed, teokgalbi kurma dan banana strawberry milkshake dengan menampilkan tetamu jemputan Zulin Aziz (episod 1) dan chef Dato’ Fazley Yaakob (episod 2).

Jangan lupa untuk saksikan Apa Nak Masak Ni? mulai 18 April pada setiap hari Ahad, 5.30 petang hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”