Categories: Trending

Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang mengalami batuk teruk sehingga cebisan paru-parunya terkeluar dilaporkan telah meninggal dunia, lapor The Sun.

Mangsa yang berusia 36 tahun itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti California kerana turut mengalami masalah kegagalan fungsi jantung.

Menurut laporan Jurnal Perubatan New England, mangsa sebelum ini sudahpun mempunyai sejarah peribatan yang tidak baik apabila pernah beberapa kali berhadapan dengan masalah kardiovaskular.

Dalam tempoh seminggu pertama di rawat di hospital, jurnal berkenaan menyebut bahawa lelaki itu tiba-tiba mengalami masalah batuk yang sangat teruk sehingga bahagian ‘bronchial tree’ terkeluar melalui daripada mulutnya.

Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira seminggu selepas kejadian berkenaan berlaku.

Dalam tempoh seminggu tersebut mangsa yang mengalami batuk teruk dikatakan turut memuntahkan kahak yang bercampur dengan darah sekaligus menambah tekanan pada bahagian paru-parunya.

Untuk kes biasa, seseorang manusia hampir mustahil untuk batuk sehingga terkeluar paru-pari disebabkan paru-paru itu sendiri besar dan sukar melepasi kawasan tekak.

Bagaimanapun menurut doktor, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk bahagian tertentu pada paru-paru tercabut dan keluar melalui mulut ketika batuk dengan teruk.

Sebaik sahaja mangsa batuk sehingga terkeluar bronchial tree itu, doktor segera memasukkan tiub bagi memeriksa bahagian paru-parunya dan menemui kesan pendarahan.

Doktor bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan kegagalan fungsi jantung.

Sumber : The Sun

SGMS Enal