Categories: FeaturedSihat

Manfaat Menggeliat Yang Anda Tak Tahu

Bila seharian mengadap komputer, anda selalu tak menggeliat? Ataupun, apabila bangun sahaja dari tidur pada waktu pagi, anda pasti akan menggeliat. Betul tak?

Kita semua tahu bahawa, dengan menggeliat ia dapat melegakan anggota badan kita yang dah ‘tepu’ apabila melakukan sesuatu perkara termasuklah tidur.

Sebenarnya, menurut pemahaman ilmu fisiologi, terdapat alasan tertentu mengapa seseorang akan berasa lega selepas menggeliat. Mengikut penjelasan saintifik, tubuh badan kita sebenarnya mengalami satu perubahan dari fasa tidur ke fasa terjaga. Ini bermakna, selepas menggeliat, tubuh akan kembali bermaya.

Menggeliat juga mempunyai manfaat yang tersendiri kepada tubuh badan kita. Penulis senaraikan kenapa anda perlu menggeliat setiap hari!

Foto: Republika

1. Dapat melegakan ketegangan otot

Menurut artikel yang ditulis oleh Luis Villazon, apabila keadaan tubuh sudah berlalu kaku (tidak bergerak dalam tempoh yang lama), keadaan sendi dan otot akan kehilangan cecair jenis sinova. Sebab itulah, apabila anda menggeliat, anda berasa lega!

2. Bantu aktifkan cairan sinova

Apabila anda menggeliat, cairan sinova tersebut akan aktif semula dan ia akan mengalir semula ke bahagian belakang badan dan memenuhi ruang antara otot. Cairan ini akan melancarkan pergerakan sekaligus mengurangkan geseran pada bahagian-bahagian ligamen yang terlibat.

3. Mampu menghilangkan stress

Apabila seseorang mengalami pelbagai masalah atau sedang marah, keseluruhan otot dan sendinya akan tegang. Jadi, untuk meredakan keadaan emosi diri, anda boleh melakukan beberapa siri regangan termasuklah menggeliat.

Jadi, menggeliatlah apabila anda rasa tepu! 

Foto: Giphy

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista

tex_admin