Categories: Trending

Cium Penari Wanita Atas Pentas Anugerah Drama Sangat 2021, Rupanya Ariff Bahran Dah Kahwin 3 Bulan Lepas!

Aksi penyanyi Ariff Bahran mencium dahi seorang penari wanita di pentas Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) ketika menyampaikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duetnya, Sarah Suhairi membuatkan ramai terkejut.

Rupa-rupanya, penari itu adalah isteri kepada Bahran yang sudah dinikahinya sejak tiga bulan lalu.

Usai persembahan terbabit, pengacara ADS 2021, Nabila Huda dan Ain Edruce mendedahkan mengenai perkahwinan Bahran bersama wanita bernama Amirah Syazwani itu.

Menurut wakil pengurusan Bahran, Rusa Music, penyanyi itu selamat mendirikan rumah tangga di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

Meninjau reaksi warganet di laman sosial, rata-rata terkejut selepas mendengar berita perkahwinan Bahran atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari.

Sebelum ini, Bahran pernah dikaitkan dengan Sarah Suhairi dan mereka dikatakan pernah menjalin hubungan cinta.

Padin