Categories: Trending

Banjir Melanda Pusat Dagangan Dunia KL, Anugerah Drama Sangat 2021 Ditangguhkan

Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung sebentar tadi terpaksa ditangguhkan dan pemenang bagi lima kategori lain bakal diumumkan esok.

Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), tempat anugerah ini berlangsung.

Penyampaian anugerah lima kategori lagi iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam program Melodi secara langsung esok, Ahad, 19 Disember 2021, jam 12 tengah hari di TV3.

Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf atas penangguhan ADS 2021 yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Ain Edruce itu.

Padin