“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok.

Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan sendiri sambil berpayung dimuat naik di akaun @realzaitonsameon.

Penyanyi veteran yang sudah lama tidak muncul di dunia hiburan ini telah membuatkan ramai warganet melepaskan rasa rindu mereka apabila videonya itu menjadi tular.

Ramai yang tidak menyangka mereka dapat melihat Zaiton di TikTok dan ini membuatkan mereka mengimbau kembali zaman kegemilangannya.

“Ish, tak percaya saya boleh jumpa Auntie Eton. Semoga sihat selalu. Idola masa top dulu hingga sekarang. Ringtone telefon pun pakai lagu Auntie Eton,” komen @jasmincorey0

“Saya ingat lagi Zaiton nyanyi dekat majlis makcik saya. Masa itu saya berumur 6 tahun. Terpukau tengok rambut kembang macam tu. Biasalah budak-budak,” komen @tomeiclan

Ada juga yang melihat video ini sebagai hiburan di kala duka akibat terkesan dengan situasi banjir yang kini sedang melanda negara.

“Mantap Kak Ton walaupun dalam situasi yang membimbangkan masih boleh nyanyi dengan penuh gaya tersendiri. Hati-hati Kak Ton,” komen @arianimeletop0

“Dah banjir nak buat apa. Sekurang-kurangnya buatlah kenangan. Rumah saya pun banjir sampai lutut siap tangkap ikan lagi,” komen @brownies_gurll.

Arfah