Categories: Trending

Comelnya Aina Abdul & Daniesh Suffian Menari… Jom Saksikan Muzik Video Warna Warni!

Sekitar hujung tahun lalu, penyanyi Aina Abdul dan Daniesh Suffian pernah bertarung dalam program realiti Vokal Mania di TV3.

Kini, mereka berdua digandingkan dalam sebuah lagu duet baru berjudul Warna Warni!

Baru sahaja dilancarkan, single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom penstriman filem, tonton CINEMA.

tonton CINEMA merupakan sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah anda, menjadikannya ruang pawagam anda sendiri.

Menariknya, Warna Warni merupakan lagu tema bagi tonton CINEMA!

Anda dah tonton muzik video lagu ini? Semestinya ia memberikan vibes yang ceria tau! Ha, siap ada babak Aina dan Danies menari mengikut rentak lagu, comelnya!

Semenjak muzik video rasmi lagu ini di lancarkan pada 30 Jun lalu di saluran YouTube TV3Malaysia, ia telah meraih 40,000 tontonan, not bad at all!

Ha, bagi sesiapa yang belum menyaksikan muzik video ini, jangan lupa saksikan ia di YouTube!

Jangan lupa dengarkan juga lagu Warna Warni duet antara Daniesh dan Aina di semua pelantar penstriman digital!

Untuk lebih informasi mengenai tonton CINEMA, jangan lupa layari https://cinema.tonton.com.my/ atau muat turun aplikasi tonton di App Store & Play Store!

Padin