Categories: Trending

700,000 Pendaftaran Dalam Masa Seminit Demi E-Wallet RM50, Aplikasi MySejahtera ‘Hang’!

Aplikasi MySejahtera menerima kira-kira 700,000 pendaftaran dalam masa satu minit sebaik sahaja kerajaan mengumumkan ianya adalah antara prasyarat bagi menebus kredit e-wallet sebanyak RM50.

Amalkan penjarakkan dalam muat turun aplikasi

Sumber : Google

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, adalah dinasihatkan agar sesiapa yang ingin memuat turun aplikasi tersebut perlulah ada penjarakan juga.

” Susulan pengumuman kerajaan berkenaan RM50 e-dompet pengguna, setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera, didapati pendaftaran adalah sesak”

” Kita mendapati 700,000 pendaftaran serentak dalam masa yang begitu singkat” Katanya ketika sidang media harian di Putrajaya semalam.

Tambahnya lagi, pihak kementerian sedang meneliti bagaimanakah masalah ini dapat diatasi bagi memastikan semua individu dapat mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera secepat mungkin.

Salma Syahbuddin