Categories: Trending

Caj Tambahan Gunting Rambut Naik Hingga RM10?

Peningkatan kos operasi untuk menyediakan peralatan diperlukan oleh kedai gunting rambut adalah salah satu syarat patuh SOP yang telah ditetapkan.

Caj pemotongan naik antara RM5 hingga RM10

Sumber : Google

Caj pemotongan dan dandanan rambut akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan.

Menurut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kos tambahan itu hanya untuk barang pencegahan Covid-19 sahaja.

” Contohnya, sekiranya barang tambahan itu terdiri dari apron plastik (RM3), sarung tangan (50 sen) dan pembersih tangan (30 sen), kos tambahannya hanya RM3.80

“Tukang gunting rambut tidak boleh mengenakan caj tambahan hingga RM10,” Katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sesuka hati berhubung kenaikan harga kedai gunting rambut dan salun.

Salma Syahbuddin