Categories: Trending Hari Ini

Akibat Kuarantin, Remaja Amerika Ini Kuasai Bahasa Melayu Dalam 2 Minggu!

Power!

Ekoran sekolahnya ditutup gara-gara Covid-19, Trent Josiah Huizar atau TJ berjaya menguasai Bahasa Melayu dalam masa 2 minggu sepanjang kuarantin!

Bukan itu je, pemuda 16 tahun dari Arizona ini berjaya menuturkan 14 bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Portugis, Rusia, Czech, Slovak, Poland, Jerman, Mandarin, Bahasa Melayu, Parsi, Bulgaria dan Haiti Creole. Salute!

Habiskan 8 Jam Setiap Hari

Bagi mencapai sasarannya, dia menghabiskan 8 jam setiap hari, belajar sehingga 150 perkataan setiap hari dan berjaya mempelajari kira-kira 1,000 perkataan dalam masa 2 minggu.

“Saya sudah bertemu dengan banyak orang di Instagram yang lebih senang berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Melayu. Malah di laman web juga ada tutor yang boleh mengajar anda untuk bercakap,” katanya.

Menurut TJ juga, antara salah satu perkataan yang disukai ialah ‘bersungguh-sungguh’.

TJ juga berharap dapat menetap di Malaysia selama sebulan serta merantau ke negeri lain sebagai langkah menambahkan lagi pengetahuannya dengan bahasa Melayu.

Salute! Nak tahu perjalanan TJ belajar bahasa Melayu? Tengok dokumentari di bawah ni:

Sumber: Youtube The Planet Project

Syafiqa Irdina