Trending By: Salma Syahbuddin March 25, 2021 @ 4:44pm

“Dalam TV Sudah Dicantikkan & Di ‘Cover’ Dengan Pelakon Tua Macam…” – Rita Rudaini Jawab Isu Jadikan Instamous Pelakon

Selepas pelakon Izara Aishah tampil memberikan komen mengenai Instafamous yang diambil menjadi pelakon, kini pelakon senior, Rita Rudaini pula tampil membuat maklum balas mengenai perkara terbabit.

 

Menurut Rita Rudaini, 44, tidak timbul isu iri hati atau dengki kerana teguran ini merupakan peringatan buat mereka terutamanya pelakon-pelakon baru termasuklah instafamous.

 

“Kerja lakonan ini bukan membabitkan seorang, tapi berpasukan. Jadi, teguran diberikan itu adalah untuk kebaikan, bukan sebab dengki atau apa-apa pun. Orang yang tak ada di set penggambaran tak nampak apa sebenarnya terjadi. Kami yang bekerja di lokasi yang menanggung semua itu. Bukan saya seorang saja cakap macam ini,”

 

Malah, sebagai pelakon yang sudah lama bertapak dalam industri, beliau sendiri sangat menyokong kehadiran pelakon baru sebagai pelapis. Namun,sikap ingin belajar dan menuntut ilmu bersama pelakon yang lebih berpengalaman amat dituntut dari pelakon-pelakon ini selain bermain telefon bimbit di dalam kereta.

“Saya dulu pun, mula-mula masuk ke set penggambaran memang ‘kayu’ juga. Tapi, bezanya kita hormat dengan yang lama. Bila masuk ke set, memang kita rasa kecil dan rela pergi belajar dengan sendirinya”
“Walaupun di situ bukan tempat belajar, tapi bila tak tahu kita akan tanya pengarah atau pelakon lain untuk minta pandangan. Tapi, pelakon sekarang tak semua macam itu. Ada yang duduk dalam kereta, main telefon,”

Sumber : instagram @ritrud727

Sebelum ini, Rita dilihat memuat naik dilaman insta story miliknya dengan mengatakan pengambilan instafamous sebagai pelakon baharu hanyalah alasan stesen televisyen mahupun syarikat produksi.

“Alasan ‘penonton nak’. Penonton sekarang bijaklah. Memang kita perlukan pelapis tetapi yang sudah ditapis. Sebenarnya yang dihidang dalam televisyen itu sudah dicantikkan dengan suntingan dan di ’cover’ dengan pelakon tua mcam kami”

Pelakon senior tidak ‘lokek’ ilmu!

Sumber : instagram @ritrud727

 

Ketika ditanya mengenai pelakon senior disifatkan sebagai ‘lokek’ ilmu, Rita menafikan perkara tersebut kerana baginya pelakon senior sebenarnya lagi suka berkongsi ilmu terutamanya kepada pelakon baru yang dianggap sebagai pelapis industri seni tanah air.

 

Bagaimanapun, sekarang ini situasinya sudah berubah apabila ada segelintir pelakon baru tidak bertegur sapa dengan pelakon senior apa lagi mahu bertanya dan berbincang mengenai watak mereka.

 

“Masa zaman saya mula-mula dulu, kalau berlakon sesuatu watak sama ada boleh atau tidak, tetap akan cakap dengan pengarah untuk berbincang. Malah, selalu juga bertanya dengan pelakon senior.”
“Dulu ada juga telefon bimbit tetapi tidaklah sibuk dengan gajet tersebut sepanjang berada di set penggambaran sebab takut nanti ‘hidangkan tahi’ kepada pengarah”

 

Ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom) pada Selasa, Rita sempat berkongsi pengalaman beliau pada zaman dahulu apabila berasa sangat malu apabila tidak dapat menjiwai watak dan memberikan yang terbaik ketika penggambaran.

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Betul Nak Jadi Pelakon, Seriuslah!” – Izara Aishah Mohon Instafamous Tidak ‘Main-Main’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Trending Mon, 13 Aug 2018

Gas Ammonia Bocor, Dua Pekerja Kilang Ais Maut

Kejadian melibatkan kebocoran gas ammonia seperti ini sudah dua kali dilaporkan berlaku setakat ini

Featured Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Tak ada angin, tak ada ribut tiba tiba muncul desas desus sebegini. Jangan terus mendakwa, dengar dulu apa kata tuan badan ya ☺️

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Saya Yakin Dengan Pilihan Saya” – Abby Abadi Turun Berkempen

Bagus abby abadi didik anak-anak tentang politik

Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Thu, 7 Jul 2022