Hiburan By: Padin July 7, 2022 @ 1:08pm

Tamat Status Ibu Tunggal, Vanidah Imran Selamat Bergelar Isteri Jurutera

Pelakon Vanidah Imran, 49, menamatkan zaman ibu tunggal dan selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris, 43, selepas kedua-duanya disatukan pagi ini.

Dengan sekali lafaz, aktres Perempuan Melayu Terakhir itu rasmi menjadi milik Arifabillah dan majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.

Akad nikah yang berwalikan adik Vanidah, Johan Imran itu diadakan di sebuah premis acara di Titawangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 12.12 tengah hari dan dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat.

Menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran, jumlah wang hantaran dirahsiakan untuk memenuhi permintaan keluarga.

Mengunci mulut tanpa menghebahkan persiapan pernikahan, Vanidah bersyukur semuanya dipermudah oleh Allah.

“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini.

Gembira kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki banyak persamaan,
persefahaman lebih mudah dicapai kerana mereka berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak.

“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah.

Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.

Kredit Foto: @luxurycapturephotograph

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 31 Jul 2019

Actress Farah Nabilah Gives E! News on Tips to Looking Flawless in the Perfect Fit

Malaysian actress Farah Nabilah shares with us to her secret tips on giving the blush to her perfect fit! Finding the perfect shade to your skin tone has always been a struggle for literally anyone […]

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Berkat kesungguhan dan doa dari ibu bapa, apa yang diimpikan akhirnya tercapai juga untuk membalas jasa orang tua

Hiburan Sun, 18 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世巡吉隆坡站票房走势凌厉!2价位门票已售罄

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站票房走势凌厉,288令吉和168令吉门票价位已售罄!

Trending Wed, 11 Aug 2021
Trending Thu, 18 Mar 2021

Berhentikan Sekolah Antarabangsa, Anak-Anak Fazley Selesa Belajar Dari Rumah

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui dia menghentikan persekolahan tiga anak lelakinya di sebuah sekolah antarabangsa semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan awal tahun ini. Kini, Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad […]