Categories: Trending

Darurat Kesihatan Dijangka Akan Dilaksanakan

Berikutan peningkatan kes yang semakin meningkat, kerajaan dijangka akan mengumumkan darurat kesihatan dalam masa terdekat selepas mendapat rayuan pengurusan tertinggi dari KKM.

Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dikatakan sudah mendapatkan pandangan daripada Pejabat peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dilaksanakan selama 6 bulan

Darurat kesihatan akan dilaksanakan selama 6 bulan. Bagaimanapun, darurat ini bukanlah perintah berkurung kerana orang ramai masih boleh membeli barangan keperluan seperti biasa dan SOP perlu lah dipatuhi.

Malah, sidang parlimen juga akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Tiada sidang media harian MKN & KKM

Spekulasi mengenai pelaksanaan darurat kesihatan ini juga dikuatkan lagi apabila sidang media harian MKN yang biasanya disiarkan pada jam 4 petang dan sidang media harian oleh KKM berhubung isu Covid-19 juga tidak akan diadakan hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengadakan Mesyuarat Kabinet Khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa dan mesyuarat berkenaan dipercayai tamat sebelum jam 1 tengah hari.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin